!-- nuffnang -->

.

Saturday 27 April 2013

Malam Siang Hanya Lalui Menu Cekodok...


Siang, malam menu cekodok
SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
28 April 2013
cekodok
Ismail memberi anaknya minum menggunakan ‘cawan’ daripada botol terpakai.
cekodok
Halim mengusap badan Fitri yang demam ketika menziarah Anisah sekeluarga.
cekodok
Anisah menjerang air sambil mendukung anaknya, Fitri.
cekodok
Ikmal (kanan) dan adiknya Rizal menikmati nasi putih dan ikan goreng di dapur rumahnya di Solok Serban Hijau, Kampung Sungai Siput, Lubok China di sini.
LUBOK CHINA - Dari luar sebuah rumah batu di Solok Serban Hijau, Kampung Sungai Siput, di sini, siapa sangka lima beranak yang mendiaminya hidup dalam kedaifan tanpa bekalan air.

Dari dalam, rumah pusaka itu bukan sahaja tidak mempunyai perabot tetapi sebiji cawan pun tidak kelihatan.

Lebih menyedihkan apabila penghuninya Mohd Ismail Merang, 31, dan isterinya Anisah Rahim, 29, hanya mampu menyediakan menu cekodok siang dan malam untuk tiga anak lelaki mereka sekiranya putus bekalan beras.

Malah jika bekalan susu anaknya habis, dia dan isteri terpaksa menggantikan dengan air sirap cair jika pati sirap masih ada.

Menurut Ismail, hasil upah membersihkan laman rumah penduduk kampung dua kali seminggu sebanyak RM5 hingga RM7 sehari itulah digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Sementara Anisah membuat penyapu lidi sebelum menjual dengan harga RM2 sebatang untuk menambah pendapatan suaminya membesarkan anak mereka Mohd Ikmal, 5, Mohd Rizal, 4 dan Mohd Fitri, 1.

“Dahulu saya pernah kerja di sebuah kilang pembuatan kereta namun kontrak tidak disambung berikutan pihak kilang bimbang keadaan kaki saya menjadi lebih teruk sejak cedera terkena mesin pemotong rumput dua tahun lalu.

“Jadi sejak itu saya hanya buat kerja kampung, mengambil upah menyapu laman rumah orang, mengecat rumah dan apa-apa kerja yang boleh dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, kelmarin.

Ismail berkata, dia sekeluarga juga pernah tinggal bergelap selama hampir setahun disebabkan bekalan elektrik tiada sebelum dimasukkan semula enam bulan lalu.

“Cuma bekalan air sahaja masih tidak ada hingga memerlukan saya berulang-alik ke rumah mertua sejauh kira-kira hampir 300 meter mengangkut tong air yang diambil dari luar rumahnya.

“Duit BR1M RM500 kami terima tapi habis selepas membeli barang keperluan dapur dan membayar setengah bil elektrik yang tertunggak,” katanya.

Menurutnya, dia pernah minta bantuan E-Kasih namun gagal selain tiada respons daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai borang permohonan yang dihantarnya.

Sementara itu, calon PKR bagi Dun Ayer Limau, Halim Bachik yang menziarahi mereka melahirkan rasa kecewa dengan bekas Adun kawasan berkenaan yang jelas menunjukkan tidak ambil tahu ada rakyat yang susah dan masih perlukan bantuan dalam tempoh lima tahun berkhidmat.

Bagaimanapun, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin ketika dihubungi untuk memaklumkan perkara tersebut berkata, beliau akan menyiasat selain berjanji menemui dan menghulurkan bantuan kepada Ismail sekeluarga.

Wednesday 10 April 2013

Perlu Bantuan Belanja Anak Sekolah


Yayasan Bandaraya Johor Bahru
Encik Abdul Aziz bin Abdullah seorang pesakit jantung, beliau bekerja sebagai seorang pencari kotak dan barangan terpakai untuk menyara 4 orang anak kecil dan isteri yang berkerusi roda (OKU).  beliau menghadapi masalah untuk membiayai perbelanjaan persekolahan 4 orang anak beliau.
  • Nama Ketua Isi Rumah: Abdul Aziz bin Abdullah
  • Status: Berkahwin
  • Pendapatan: RM600.00 sebulan (Rm25.00 sehari)
  • Bilangan Ahli Isi Rumah: 6 orang
  • Status Miskin e-Kasih: Miskin
  • Status Pendaftaran e-Kasih: Disahkan
  • Hakmilik Rumah: Sewa
  • Alamat: Blok 13-01-01, Taman Desa Mutiara, 81100 Johor Bahru
  • http://ybjb.org.my/?page_id=1076

Saturday 6 April 2013

BAYI 3 BULAN MENGHIDAP KANSER MATA PERLU BANTUAN

Photo dan berita ihsan : Nelydia Senrose
Like This Page · 15 hours ago 

[RAYUAN BUAT RAKYAT MALAYSIA]
Walau anda tidak dapat menderma, sekurang-kurangnya anda klik SHARE.

( Muhammad Haidar Bin Zahidi di lahirkan pada 3/1/2013 ( 3bulan) merupakan bayi comel yang dilahirkan normal. Menurut bapanya Zahidi Azhar, anaknya menghidap kanser mata di mana mata sebelah kanan tidak boleh lagi digunakan terpaksa di buang melalui pembedahan manakala mata kiri kini telah menghampiri stage 3 kanser.

Bapanya memohon semua warga Malaysia yang prihatin berdoa agar anaknya cepat sembuh bagi menghadapi kimoterapi pada 1/5/2013 ini di Hospital Kuala Lumpur .

Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan sila hubungi En. Zahidi Azhar di talian 0125574577 No. Akaun CIMB 0722-0015302-529 dan sekiranya anda ingin melawat anaknya yang baru sahaja dibenarkan pulang dari hospital, bolehlah ke 279-5-7 lorong tampin 10150 Georgetown Penang.

Friday 5 April 2013

SIKAP TERPUJI : ANAK-ANAK MUAR/LEDANG..MELALUI FB APA BOLEH KITA LAKUKAN????


Rela kongsi wang BR1M

 Suzalina Halid | suzalina@bharian.com.myCetak
Rela kongsi wang BR1MPenerima BR1M menyerahkan derma untuk Tabung Palestin, disaksi Syed Sobri (kanan) di Dewan Perdana SMK, Kuala Nerang.
Kuala Nerang: Prihatin terhadap nasib saudara seagama di Gaza, kira-kira 2,300 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), di sini, menyumbang sedikit daripada wang bantuan yang diterima itu kepada Tabung Kemanusiaan Palestin-Media Prima Berhad. 

Program menderma untuk tabung kemanusiaan itu yang digerakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, berjaya mengutip RM1,410 dalam masa empat jam selepas dilancarkan. 

Simpati 


Syed Sobri ketika ditemui berkata, idea untuk melancarkan kutipan derma daripada penerima BR1M itu tercetus selepas beliau menonton dokumentari yang memaparkan penderitaan rakyat Palestin. 

Rentetan itu, katanya beliau mengambil kesempatan melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza sempena BR1M dengan menerapkan konsep berkongsi nikmat diperoleh dengan menerima dan memberi semula kepada yang memerlukan. 

“Walaupun penerima BR1M adalah kalangan mereka yang hidup sederhana, mereka tetap mengambil inisiatif menderma sedikit wang bantuan itu kerana terharu dengan penderitaan saudara seagama di Gaza. 

“Kebanyakan penerima BR1M yang saya temui, di sini melahirkan rasa syukur kerana di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), mereka memperoleh nikmat berlebihan dengan bantuan ini, maka tidak salah untuk berkongsi sedikit dengan insan lebih memerlukan,” katanya selepas majlis penyampaian BR1M di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, di sini, semalam. 
Syed Sobri kemudian menyerahkan kutipan sumbangan itu kepada wakil BH. 

Kutipan itu akan diteruskan pada masa depan berikutan maklum balas positif daripada penduduk di kawasan sekitar Kuala Nerang yang tidak keberatan untuk menghulurkan derma. 


Tanggungjawab bersama 

Sementara itu, penerima BR1M, Shahril Ismail, 42, berkata walaupun sedar pendapatannya sebagai petani tidak seberapa, beliau tetap mahu menyumbang kerana ia adalah tanggungjawab sebagai seorang Islam untuk membantu insan lain yang lebih memerlukan. 

“Saya kasihan apabila melihat penderitaan rakyat Palestin yang dipaparkan di akhbar. Saya yakin sumbangan ini akan menambah rezeki saya pada masa depan,” katanya. 

Penoreh getah, Puziah Abdullah, 57, pula berkata nalurinya sebagai seorang ibu tersentuh apabila melihat kanak-kanak di Gaza menderita tidak cukup makan, sekali gus menyebabkannya terpanggil untuk turut menyumbang.

DAHLAH BUTA!!....HIDUP MEREMPAT..MENYEDIHKAN!! SUKARELAWAN ISLAM..DEKATILAH MEREKA.


Si buta tidur merempat di kaki lima
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 April 2013
Si buta tidur merempat di kaki lima
Murugiah (kiri) menunjukkan nasib warga emas yang tiada tempat tinggal.
GEORGETOWN - Seorang warga emas yang cacat penglihatan terpaksa menghabiskan sisa kehidupan, dalam keadaan yang menyedihkan dengan menjadikan tempat letak kenderaan milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Air Itam di sini sebagai tempat perlindungan.

Sayu mata melihat kehidupan warga emas itu yang dikatakan hanya nyamuk yang menjadi temannya setiap malam ketika dia melelapkan mata.

K Muniandy, 74, hampir 18 bulan melalui hakikat itu selepas mata kanannya buta akibat satu kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

Dia yang hidup sebatang kara kini hanya mengharapkan bekalan makanan yang diberikan sebuah gereja di Farlim di sini.

Muniandy yang pernah bekerja sebagai kelindan lori, berkata kemalangan jalan raya itu yang menimpanya merupakan satu titik hitam dalam kehidupannya.

“Saya tidak mampu lagi bekerja yang membuatkan saya hilang mata pencarian dan kini hidup merempat dengan hidup mengharapkan ihsan orang awam.

“Walaupun, saya pernah membuat permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun sehingga kini tiada sebarang jawapan yang diterima dan saya tidak tahu nak mengadu nasib saya kepada siapa,” katanya dengan nada sedih ketika ditemui media, kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHPP), P Murugiah melawat warga emas itu berkata, pihaknya meminta kerajaan negeri membina pusat perlindungan untuk warga emas yang tersisih.

Beliau berkata, pembinaan pusat perlindungan tersebut perlu disegerakan memandangkan semakin ramai warga emas hidup merempat di jalanan di negeri ini.

“Ada antara mereka tidur di kaki lima dalam keadaan kesihatan tidak menentu tanpa pakaian bersih dan makanan seimbang. Justeru kita minta  kerajaan negeri mengambil tanggungjawab membela nasib mereka,” katanya.

Buat masa ini, pihak PHPP membantu menempatkan Muniandy di sebuah pusat jagaan warga emas untuk sementara waktu.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Muniandy boleh melalui akaun bank Maybank iaitu 157335064580 di atasa nama Muniandy Kolandai.http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/si-buta-tidur-merempat-di-kaki-lima-1.146546

Ingin Melihat Anak-Anaknya Seperti Anak-Anak Orang Lain


Belenggu hidup Wan Rogayah

Wan Rogayah Wan Ismail bersama dua cucunya, tabah menghadapi cabaran hidup.
Sewaktu arwah suaminya masih hidup, kehidupan Wan Rogayah Wan Ismail, 54, anak-beranak tidaklah terlalu susah.
Biarpun tidak hidup senang, menerusi pendapatan suaminya, Mohd. Salleh Hassan, 68, yang hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan, dapat juga menyara Wan Rogayah sekeluarga.
Namun, setelah pemergian suaminya menghadap Ilahi buat selama-lamanya akibat pendarahan otak, keluarga Wan Rogayah terus ditimpa malang.
Membesarkan enam orang anak berusia 23, 22, 20, 18, 16 dan 13 tahun, tanpa pekerjaan tetap menjadikan kehidupan Wan Rogayah bertambah sukar.
''Anak-anak saya, empat perempuan dan dua lelaki itu, memang sudah dewasa malah yang sulung telah berkahwin tiga tahun lalu dan kini saya mempunyai dua orang cucu.
''Namun mereka ini pun tidak mempunyai pendapatan tetap. Bekerja pun secara sambilan sahaja.
''Anak perempuan saya bekerja dengan pendapatan yang kecil di sebuah pasar raya di sini, pendapatan suaminya juga lebih kurang begitu.
''Semenjak tidak bekerja, saya menjaga dua orang cucu saya dan ibunya memberikan RM200. Itulah yang saya gunakan untuk beli barang-barang dapur," jelas Wan Rogayah.
Memberitahu lanjut, menurut Wan Rogayah yang menetap di sebuah rumah sewa RM400 sebulan dan dibayarkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), dia pernah bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah kedai makan dengan pendapatan RM25 sehari setelah suaminya meninggal dunia.
Malangnya, kedai makan itu telah menutup operasinya dua bulan lalu kerana pemiliknya telah berpindah ke negeri lain menyebabkan Wan Rogayah kini kehilangan mata pencarian.
''Susah nak harapkan anak-anak. Gaji daripada kerja-kerja sambilan yang mereka dapat pun tidak cukup untuk mereka. Ada yang bekerja mengangkat kotak, bekerja di kedai runcit dan sebagainya, tetapi apabila majikan tidak perlukan mereka, mereka tidak bekerja lagi," kata ibu yang berasal dari Kelantan ini.
Sebagai ibu tegasnya, dia ingin melihat kehidupan anak-anaknya senang, namun kini sebaliknya berlaku.
Apa yang dikesalkan, akibat kemiskinan hidup ketika masih ada suaminya lagi, dua daripada anak-anaknya tidak mempunyai surat beranak dan ini menyebabkan kesukaran mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang sepadan kerana mereka tidak pernah bersekolah.
Apabila diminta berkongsi masalah berkenaan ketiadaan surat beranak dua anaknya dan anak-anaknya tidak pernah ke sekolah itu, Wan Rogayah yang selama hidupnya tidak pernah bersekolah itu, mengakui kekhilafan diri dan suami.
''Saya sepanjang hidup hanya mengharapkan kepada suami dan segala-gala tindakan berkenaan anak dan sebagainya diserah kepada suami yang berasal dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
''Suami pun tidak belajar tinggi. Mungkin kerana desakan hidup menyebabkan kebajikan anak-anak terabai.
''Baru tahun lepas, atas bantuan rakan, kami memohon untuk mendapatkan surat beranak tetapi sampai sekarang belum dapat lagi keputusannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Gombak, Selangor, baru-baru ini.
Dalam pada itu Wan Rogayah memberitahu, biarpun dia tidak pernah ke sekolah, dia boleh membaca kerana penah belajar di kelas dewasa di kampungnya dahulu.
Dalam pada itu, Wan Rogayah teringin untuk membuka sebuah kedai makan sendiri atau menjadi pembantu tukang masak kepada sesiapa yang sudi untuk mengambilnya bekerja menerusi kemahiran memasak yang ada padanya.
''Saya mempunyai kemahiran memasak, itulah cita-cita saya kalau saya mempunyai tempat yang sesuai untuk membolehkan saya berniaga kedai makan bersama anak-anak saya.
''Saya mahu anak-anak saya terus hidup dengan keadaan yang baik dan saya tidak mahu mereka terus hidup miskin. Saya hendak mereka pandai membaca dan mempunyai ilmu agama.
''Saya juga hendak menghantar anak-anak saya ke tahfiz untuk mendalami agama. Saya tidak mahu mereka menjadi seperti saya yang tidak kenal huruf dan tidak tahu mengaji," katanya.
Wan Rogayah memberitahu, atas bantuan daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Wilayah Persekutuan yang sentiasa memantau masalah mereka, kehidupannya anak-beranak agak terurus.
Setiap waktu terluang, wakil daripada ABIM akan datang ke rumah Wan Rogayah untuk mengajar anak-anaknya mengaji dan solat.
Begitu juga pemindahan ke rumah sewa baru, Wan Rogayah baru sahaja berpindah daripada rumah sewa lamanya yang lebih daif daripada rumah sekarang, beberapa minggu lalu.
''Kemiskinan mengajar saya betapa pentingnya ilmu untuk anak-anak saya menempuh alam dewasa. Sewaktu arwah masih hidup pun kami anak-beranak hidup susah, pernah merasa tidak makan nasi kerana tidak ada duit dan waktu gaji suami belum masuk lagi.
''Biarpun sepanjang hidup saya, saya tidak pernah rasa senang, namun saya bersyukur, Tuhan memberi saya kekuatan untuk terus hidup dan membesarkan anak-anak saya dengan sebaiknya," katanya.
Wan Rogayah boleh dihubungi menerusi talian 013-3896117 (Azini Othman, sukarelawan ABIM Wilayah Persekutuan).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130402/ke_02/Belenggu-hidup-Wan-Rogayah#ixzz2PZOQCKYm
© Utusan Melayu (M) Bhd http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130402/ke_02/Belenggu-hidup-Wan-Rogayah